Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis nafi tawar khidmat dapatkan semula wang ditipu

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan terbabit dengan iklan melalui media sosial yang menawarkan perkhidmatan mendapatkan semula wang telah ditipu.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Hasbullah Ali berkata pihaknya mengesan hantaran iklan itu menerusi Facebook yang memaparkan logo PDRM serta menggunakan perkataan “Royal Malaysia Police, Commercial Crime Investigation Department (CCID)”.

“Pihak JSJK PDRM tidak mempunyai sebarang kaitan dengan iklan tersebut dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah palsu serta satu cubaan penipuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dia menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan tidak terperdaya dengan tawaran yang diberikan.

-Bernama



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS