Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Isu Gaza: Zaid persoal bila pemimpin Muslim Asean akan ikut langkah China
Diterbitkan:  May 24, 2025 1:23 PM
Dikemaskini: 5:23 AM

Bekas menteri undang-undang, Zaid Ibrahim hari ini mempersoalkan apakah pemimpin-pemimpin Muslim di negara Asean akan mengambil tindakan proaktif untuk membantu rakyat Gaza, seperti yang telah dilakukan oleh China.

Menerusi hantaran di Twitter, Zaid turut menyindir secara halus Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang tidak dinamakan secara langsung tetapi dirujuk sebagai "seorang pemimpin Muslim terkenal dari Malaysia" yang kini mempengerusikan Sidang Kemuncak Asean, dan sering digambarkan sebagai antara tokoh Muslim paling berpengaruh di dunia.

“Terdapat 278 juta umat Islam di Asean, mewakili 44 peratus daripada jumlah penduduk rantau ini. Dalam tempoh dua belas bulan yang lalu, 30 hospital telah dibom di Gaza; lebih 80,000 terkorban, termasuk 5,000 kanak-kanak di bawah umur lima tahun. Ramai yang mati akibat kebuluran dan pengeboman.

“Adakah Asean akan bertindak seperti China? Adakah mereka akan menghantar bertan-tan makanan dan ubat-ubatan? Adakah mereka akan mengeluarkan kecaman yang keras? Adakah mereka akan memberitahu Israel bahawa Asean tidak akan membiarkan rakyat Palestin dimusnahkan seperti yang dilakukan oleh China?”

“Mungkin mereka lebih sibuk dengan tarif dan pelaburan, dan bagaimana untuk menyenangkan hati Amerika menjadi keutamaan,” kata Zaid.

Sidang Kemuncak Asean ke-46 bermula semalam (23 Mei) dengan mesyuarat pegawai kanan, diikuti dengan mesyuarat menteri pada 25 Mei, manakala mesyuarat ketua-ketua kerajaan akan berlangsung pada 26 Mei.

Tema “Inklusiviti dan Kelestarian” dibangkitkan sebagai asas penyatuan untuk kerjasama serantau dan global.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS