Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Isu pergaduhan Orang Asli Kampung Arong dengan polis selesai
Diterbitkan:  May 27, 2025 5:05 PM
Dikemaskini: 9:07 AM

Isu pergaduhan di antara penduduk Orang Asli Kampung Arong, Pekan dekat sini dengan polis yang tular di media sosial, telah selesai.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Zaidi Mat Zin berkata kejadian berlaku pada Sabtu lepas dan penduduk terlibat hadir ke Balai Polis Paloh Hinai, Pekan untuk meminta maaf sehari selepas itu.

“Polis tidak membuka sebarang kertas siasatan berhubung insiden itu,” katanya ketika dihubungi di Kuantan hari ini.

Mohd Zaidi berkata insiden berlaku selepas sepasukan anggota bersama Ketua Balai Polis Paloh Hinai, menasihatkan penduduk untuk mengikut undang-undang dan tidak menghalang pekerja sebuah kilang mengukur tanah bagi mendirikan bangunan.

Bagaimanapun, penduduk telah membuat provokasi terhadap anggota polis sehingga berlaku ketegangan dengan rakaman video itu kemudiannya tular di media sosial semalam.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS