Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Sultan Brunei dalam keadaan sihat , tapi agak letih, sedang berehat'
Diterbitkan:  May 28, 2025 8:00 AM
Dikemaskini: 5:06 AM

Sultan Hassanal Bolkiah dari Brunei berada dalam keadaan sihat selepas dimasukkan ke hospital di Malaysia akibat keletihan semasa menghadiri sidang kemuncak serantau, menurut kenyataan pejabat baginda yang dipetik Reuters pada Selasa.

Sultan berusia 78 tahun itu dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur dan dijangka menjalani rawatan selama beberapa hari atas nasihat pakar perubatan Malaysia, menurut pejabat baginda.

"Baginda ... dalam keadaan sihat," menurut kenyataan itu yang memaklumkan bahawa baginda sebelum itu berasa letih.

Terdahulu, pihak media bertanyakan tentang ketiadaan Sultan Brunei dalam Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China yang berlangsung petang ini, susulan laporan yang mengatakan bahawa baginda sedang menjalani rawatan di IJN, menurut Bernama.

Perkara itu kemudian disahkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mempengerusikan sidang kemuncak pemimpin ASEAN minggu ini.

Anwar berkata Baginda dilaporkan berasa letih dan memilih untuk berehat di kemudahan perubatan itu.

“Baginda berasa agak letih, jadi Baginda hanya berehat di IJN,” kata Anwar secara ringkas pada sidang media di penghujung Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 semalam.

Sebelum ini media telah bertanyakan tentang ketiadaan Sultan di Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China petang ini, dengan ada laporan yang mengatakan bahawa Baginda sedang menjalani rawatan di IJN.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS