Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
DAP akan keluarkan kenyataan berhubung kes Teoh Beng Hock

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke akan mengeluarkan kenyataan mengenai kes Teoh Beng Hock berikutan bantahan terhadap siasatan terbaru berhubung kematian bekas pembantu politik itu, yang sekali lagi berakhir dengan "Tiada Tindakan Lanjut" (NFA).

“Kita akan keluarkan kenyataan,” katanya ringkas pada sidang media selepas forum di Petaling Jaya malam semalam. Bagaimanapun menteri pengangkutan itu tidak menyatakan bila kenyataan itu akan dikeluarkan.

Loke enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana ingin memfokuskan soalan kepada acara berkenaan yang berkisarkan hal pengangkutan awam.

Pada 29 Mei, Loke juga telah mengalihkan persoalan sama ada menteri partinya akan meletak jawatan berhubung keputusan kes selepas Persatuan Teoh Beng Hock untuk Kemajuan Demokratik menggesa lima menteri DAP meletak jawatan sebagai bantahan, kerana parti itu gagal menunaikan janji untuk mencari keadilan untuk Teoh.

Lima mereka termasuk Loke, Gobind Singh Deo, Nga Kor Ming, Sim Chee Keong, dan Hannah Yeoh.

Semalam, aktivis dan keluarga Teoh menuntut usaha berterusan berikutan keputusan NFA.

Adiknya, Lee Lan merungut dengan sikap berdiam diri daripada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan menteri lain yang, ketika menjadi pembangkang, telah menyokong perjuangan mereka.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS