Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Laman imigresen bercanggah?: BM kata sekat, BI kata tidak, soal Fahmi
Diterbitkan:  Jun 12, 2025 10:58 PM
Dikemaskini: Jun 13, 2025 2:50 AM

Walaupun Ketua Polis Negara telah menjelaskan bahawa tiada sekatan perjalanan ke luar negara dikenakan terhadap artis grafik Fahmi Reza, aktivis berkenaan hari ini membangkitkan satu situasi pelik mengenai perkara tersebut.

Situasi ganjil itu melibatkan perbezaan maklumat antara laman web Jabatan Imigresen versi Bahasa Melayu dan versi Bahasa Inggeris.

Fahmi berkongsi bahawa ketika dia memasukkan nombor kad pengenalannya di laman versi Melayu, sistem menyatakan terdapat sekatan perjalanan.

"Okay, sekarang aku masukkan nombod kad pengenalan aku (di laman web versi Bahasa Melayu), sekarang keluar keputsan semakan ‘sila rujuk ke pejabat imigresen terdekat’.



"Apa ni? Tiba-tiba saja ada sekatan,” katanya.

Namun, selepas itu Fahmi mengakses laman versi Inggeris dan memasukkan nombor yang sama, keputusan yang diperoleh adalah berbeza — tiada sekatan dikenakan.

“Keputusannya… tiada sekatan. Jadi apa cerita sebenarnya ni, Jabatan Imigresen Malaysia? Yang mana satu betul?” soalnya.

Walau apa pun, aktivis yang lantang bersuara itu turut mengingatkan Jabatan Imigresen bahawa Ketua Polis Negara Razarudin Husain sendiri telah menyatakan tiada sekatan perjalanan rasmi dikenakan terhadap dirinya.

“Jadi pegawai imigresen… sila jelaskan perkara ini,” tambahnya.

Fahmi Reza akan saman k'jaan

Pada 8 Jun lalu, Fahmi mengumumkan hasratnya untuk memfailkan saman terhadap kerajaan selepas beliau dihalang daripada meninggalkan negara sehari sebelumnya.

Menurut Fahmi, Pejabat Perdana Menteri Anwar Ibrahim serta Ketua Polis Negara sekadar menuding jari antara satu sama lain dan gagal mengambil tanggungjawab.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS