Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ketua PBB sambut baik pengumuman gencatan senjata Iran-Israel oleh Trump
Diterbitkan:  Jun 25, 2025 9:47 AM
Dikemaskini: 1:47 AM

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Selasa menyambut baik pengumuman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengenai gencatan senjata antara Israel dan Iran, menurut jurucakap PBB seperti dilaporkan Xinhua.

Guterres menggesa kedua-dua negara agar menghormati sepenuhnya gencatan senjata itu dan menghentikan pertempuran, sambil menegaskan bahawa rakyat kedua-dua pihak telah menderita terlalu lama, kata jurucakapnya Stephane Dujarric.

“Setiausaha Agung berharap gencatan senjata ini dapat dijadikan contoh untuk disusuli dalam konflik-konflik lain di rantau ini,” kata beliau.

- Bernama - Xinhua


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS