Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Erdogan, Trump bincang isu dua hala, serantau di sidang kemuncak Nato
Diterbitkan:  Jun 25, 2025 9:55 AM
Dikemaskini: 1:55 AM

Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Selasa mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump di luar Sidang Kemuncak NATO di The Hague, dengan kedua-dua pemimpin membincangkan perkembangan serantau dan global serta hubungan dua hala, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Menurut kenyataan Direktorat Komunikasi Turkiye, Erdogan menyambut baik gencatan senjata antara Israel dan Iran yang dilaporkan dicapai hasil usaha Trump dan menggesa agar keamanan berkekalan diwujudkan, krisis Gaza ditamatkan serta dialog diteruskan dalam isu Ukraine.

Erdogan turut menekankan potensi kukuh untuk mempertingkat kerjasama dengan AS, khususnya dalam bidang tenaga, pelaburan dan pertahanan, sambil menyatakan bahawa pengukuhan hubungan boleh membantu mencapai sasaran perdagangan dua hala sebanyak US$100 bilion.

Kedua-dua pemimpin turut menegaskan kepentingan memperkukuh keupayaan daya cegah NATO sebagai sekutu utama dalam pakatan itu.

- Bernama - Anadolu


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS