Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PRN Sabah: Umno perkemas SD dengan ambil kira situasi semasa
Diterbitkan:  Jun 28, 2025 9:20 AM
Dikemaskini: 1:20 AM

Umno sedang memperkemas dokumen akuan bersumpah (SD) parti itu dengan mengambil kira situasi semasa untuk ditandatangani calon yang dipilih bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tidak lama lagi.

Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata perkara itu diperhalusi barisan peguam, termasuk ketua penerangan parti itu, Azalina Othman Said.

"PRN Sabah kita (Umno) akan guna templat yang sama tapi ia diperkemas berdasarkan suasana semasa, ada penambahbaikan.

“Setakat ini kita merasakan bahawa dokumen SD yang dimeterai dalam pilihan raya umum lalu sebenarnya mencukupi,” katanya.

Asyraf Wajdi berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Machang di Pusat Transformasi Ilmu, Bukit Tiu, Machang malam tadi. Turut hadir, Pengerusi Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub.

Jika tidak dilakukan lebih awal, penggal lima tahun Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan terbubar secara automatik pada 11 Nov ini bagi membuka laluan kepada PRN Sabah ke-17.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS