Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Kami dimalukan dalam media, tetapi akan buktikan kita tak bersalah'

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah dan seorang pembantu menteri negeri yang didakwa atas tuduhan rasuah hari ini mendakwa bahawa mereka telah digambarkan secara tidak adil di media.

Namun begitu, Adun Sindumin, Yusof Yacob yakin bahawa proses mahkamah akan membuktikan bahawa mereka tidak bersalah.

Yusof Yacob

“Saya ingin menegaskan dan yakin kami tidak bersalah dalam kes rasuah inilah.

“Mungkin kita telah banyak di-humiliate dalam media dan melalui proses ini kami akan membersihkan nama kami melalui mahkamah.

“Jadi kami yakin dengan sistem keadilan dan proses mahkamah di negara ini,” katanya yang juga adalah pengerusi Qhazanah Sabah kepada media selepas membayar ikat jamin di Mahkamah Kota Kinabalu hari ini.

Terdahulu, Yusof didakwa kerana menerima rasuah sebanyak RM200,000 daripada ahli perniagaan Albert Tei pada Mac 2023 bagi membantu memproses lesen pencarigalian untuk Syarikat Nusa Kini Sdn Bhd.

Turut didakwa ialah Pembantu Menteri Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Andi Suryady Bandy, yang dituduh menerima wang tunai RM150,000 daripada Tei bagi memudahkan permohonan lesen untuk Syarikat Sinaran Hayat Sdn Bhd.

Albert Tei pula didakwa kerana memberi suapan tersebut.

Andi pula menyatakan bahawa dirinya an Yusof tidak akan membiarkan prosiding mahkamah mengganggu tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat.

“Saya akan bersama-sama dengan Dr Yusuf akan membuktikan kami tidak bersalah, kami akan membersihkan nama kami dan insya-Allah ia akan berjalan dengan baik.

Andi Suryady Bandy

“Dan sementara itu juga saya akan terus menjalankan amanah dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan itu yang paling utamalah,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS