Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Shabery Cheek terus terajui Felda, dilantik semula sebagai pengerusi
Diterbitkan:  Jul 21, 2025 6:42 PM
Dikemaskini: 10:42 AM

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) melantik semula Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai Pengerusi.

Dalam kenyataan pada Isnin, FELDA menjelaskan pihak pengurusan dan seluruh warga Kumpulan FELDA menyambut baik pelantikan semula itu.

“FELDA yakin bahawa pengalaman, wawasan serta komitmen tinggi Ahmad Shabery Cheek akan terus membawa FELDA melangkah lebih jauh seiring dengan hasrat Malaysia MADANI,” tambahnya.

Sementara itu, Ahmad Shabery menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepercayaan yang diberikan untuk terus menerajui FELDA.

Ahmad Shabery sebelum ini dilantik sebagai Pengerusi FELDA pada 1 Julai, 2023, sebelum kontraknya tamat pada 30 Jun, 2025.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS