Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Kalau mahu jadi seperti Sarawak, kita mesti berfikir seperti rakyatnya'
Diterbitkan:  Jul 27, 2025 3:28 PM
Dikemaskini: 7:28 AM

Rakyat Sabah yang kagum dengan pencapaian Sarawak perlu terlebih dahulu mengubah cara berfikir dan mengutamakan kestabilan politik, kata Timbalan Pengerusi Gagasan Rakyat Sabah, Masidi Manjun.

Berucap dalam Mesyuarat Agung Tahunan parti itu di Kota Kinabalu semalam, Masidi berkata walaupun rakyat Sabah sering menyanjung kejayaan negeri jiran, untuk mencontohi pencapaian Sarawak memerlukan perubahan dari segi minda dan pendekatan politik.

“Kalau kita mahu jadi seperti Sarawak, kita mesti berfikir dan bertindak seperti rakyat Sarawak,” kata Menteri Kewangan negeri Sabah itu.

“Utamakan kestabilan politik. Utamakan kesinambungan. Di Sabah, masalah terbesar kita ialah kerap bertukar kerajaan,” katanya.

Masidi menjelaskan bahawa Sarawak hanya mempunyai enam orang Premier, manakala Sabah telah melalui 16 Ketua Menteri – mencerminkan ketidaktentuan politik yang berpanjangan di negeri itu.

Dia turut menyatakan sokongan terhadap cadangan mengehadkan jawatan Ketua Menteri kepada dua penggal – satu pembaharuan yang telah pun diterima pakai di peringkat Persekutuan – dan berkata langkah itu akan menggalakkan pembaharuan kepimpinan serta mengelakkan tumpuan kuasa keterlaluan.

“Jemaah menteri negeri bersetuju secara prinsip. Tapi sama ada kita cukup dua pertiga majoriti dalam Dewan Undangan Negeri untuk luluskan pindaan ini, itu isu lain. Namun kami percaya ini hala tuju yang betul,” katanya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS