Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Wanita cuba serang Sultan Nazrin direman tiga hari
Diterbitkan:  Sep 1, 2025 1:49 PM
Dikemaskini: 5:49 AM

Seorang wanita tempatan yang cuba menyerang Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, di atas pentas utama ketika sambutan rasmi Hari Kebangsaan peringkat Perak di Ipoh semalam direman selama tiga hari.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata tempoh reman yang bermula hari ini dikeluarkan oleh majistret Wardah Nabilah Mohd Abd Wahab.

Katanya kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 325 dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan iaitu kerana cubaan menyebabkan cedera parah.

Terdahulu wanita berrusia 41 tahun itu tiba di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh kira-kira 10.15 pagi diiring seorang anggota keselamatan.

Semalam, wanita terbabit ditahan semasa cuba menyerang Sultan Nazrin.

Wanita yang mempunyai rekod rawatan psikiatri itu diberkas pengawal keselamatan selepas masuk melalui tepi pentas ketika lagu kebesaran Perak berkumandang.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS