Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Malaysia dan Asean harap demonstrasi di Indonesia tamat segera - PM

Malaysia dan negara anggota ASEAN berharap agar demonstrasi di Indonesia akan tamat segera, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata ketika pertemuan di Beijing, China baru-baru ini, Presiden Indonesia Prabowo Subianto memaklumkan beliau bahawa situasi di republik itu kini bertambah baik.

“Kita doakan yang sebaik mungkin untuk Indonesia kerana ia bukan sahaja negara ASEAN tetapi juga negara sahabat, keluarga, serumpun,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Temu Mesra Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan di Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling di Kuala Lumpur hari ini.

Pada 29 Ogos lepas, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta memaklumkan sedang memantau rapi perkembangan terkini susulan demonstrasi di kawasan Senayan, Jakarta Pusat.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata Malaysia juga berharap pembentukan kerajaan baharu di Thailand dapat dilaksanakan secepat mungkin.

“Sebaik sahaja semuanya teratur, saya akan menghubungi mereka,” kata beliau.

Semalam, Dewan Perwakilan Thailand dilaporkan akan mengundi bagi memilih perdana menteri baharu hari ini susulan pemecatan Paetongtarn Shinawatra minggu lepas.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS