Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mangsa banjir di Beaufort meningkat 199 orang
Diterbitkan:  Sep 10, 2025 4:40 PM
Dikemaskini: 8:40 AM

Bilangan mangsa banjir di Beaufort meningkat kepada 199 orang daripada 64 keluarga petang ini, berbanding 196 orang daripada 62 keluarga pagi tadi.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, semua mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon, Beaufort akibat banjir yang melanda sejak semalam.

“Sebanyak lapan kampung terjejas akibat banjir di Beaufort,” menurut kenyataan itu hari ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS