Polis mengawal ketat Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur bagi tujuan mengosongkan kediaman pendudukan yang enggan berpindah.
Tiada mana-mana pihak termasuk media dibenarkan masuk ke kawasan berkenaan yang dikawal oleh pihak polis sejak awal pagi ini.
"Hanya mereka yang mempunyai pas khas sahaja dibenarkan masuk. Petugas media juga tidak dibenarkan masuk, maaf ya," kata seorang anggota polis yang bertugas.
Difahamkan polis mengawal ketat kawasan itu bagi mengelak provokasi dan sebarang kejadian tidak diingin.
Ketika berada berhampiran anggota polis yang bertugas mengawal lalu masuk, kedengaran arahan jelas daripada 'walkie-talkie' pihak polis tiada sesiapa dibenarkan masuk ke kawasan berkenaan.
Buat masa ini kerja-kerja pengosongan sedang dijalankan dan dipantau pegawai mahkamah ataupun bailif.

Sedikit kekecohan dikatakan tercetus apabila ada penduduk yang cuba merempuh sekatan pihak polis bagi menghalang kerja-kerja perobohan dilakukan.
Bagaimanapun ia dapat dikawal pihak polis tanpa sebarang insiden tidak diingini.
Ada penduduk dikatakan enggan keluar ketika pegawai mahkamah membawa notis meminta mereka mengosongkan kediaman.
[Berita penuh menyusul]
