Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis tahan lelaki disyaki sebar hasutan, aibkan Agong

Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penularan video di aplikasi TikTok mengandungi unsur hasutan dan mengaibkan Yang di-Pertuan Agong serta Raja.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk M. Kumar berkata tangkapan itu dibuat susulan penularan video berkenaan, disyaki dimuat naik pemilik atau pengendali akaun Tiktok @muhammad.bin.abdu969 semalam.

“Semakan mendapati lelaki berusia 41 tahun itu mempunyai rekod lampau membabitkan tiga kes jenayah dan satu kes berkaitan narkotik.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kumar berkata pihaknya tidak berkompromi terhadap mana-mana individu yang menyalahgunakan platform media sosial untuk menyebarkan kenyataan berunsur hasutan, mengaibkan atau sebarang bentuk provokasi yang boleh menggugat ketenteraman awam serta keselamatan negara.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS