Devamany dimaafkan...
Ahli Parlimen MIC, K Devamany menemui Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dan menyatakan rasa kesalnya berhubung kenyataannya yang mengkritik kerajaan di Dewan Rakyat minggu lalu berhubung perhimpunan anjuran Hindraf minggu lalu.
Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri supaya Menteri di Jabatan Perdana, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, berkata Devamany dimaafkan dan tidak digantung atau diberi amaran.
"Itu menunjukkan BN membenarkan perbezaan pandangan. Keadaan minggu lalu adalah tegang. Semua orang adalah manusia. Kita perlu menilai keadaan beliau ketika itu, menilai sama ada beliau (telah melanggar) batasan," katanya.
"Dalam Barisan Nasional anda mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan, dan pada masa yang sama, mengekalkan ketertiban bagi memastikan perpaduan dalam BN," katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sementara itu, ketika bercakap dalam sidang media yang sama, Devamany berkata, beliau menemui Najib selama 20 minit dan "menjelaskan kepadanya yang saya menyesal dengan apa yang berlaku pada hari berkenaan."
Minggu lalu, Devamany memberitahu Dewan Rakyat bahawa perhimpunan tersebut, yang dihadiri kira-kira 30,000 orang kaum India, mencerminkan kegagalan dasar kerajaan membela nasib masyarakat tersebut.
Sokongan dasar BN
Devamany berkata, beliau kesal kerana membuat kenyataan tersebut sehingga menimbulkan masalah.
"Saya benar-benar percaya bahawa kemajuan negara melalui perpaduand an kestabilan adalah amat penting dan tiada tolak ansur," katanya.
Beliau juga berkata, beliau menyokong dasar-dasar BN dan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Devamany berkata, Najib turut menasihatinya serta memberi jaminan bahawa kerajaan akan meneliti masalah-masalah yang membabitkan masyarakat India, bersama dengan MIC, dalam semangat BN.
Ditanya sama adakah beliau kesal kerana membuat kenyataan seumpama itu, Devamany enggan mengulasnya tetapi berkata beliau kesal dengan insiden tersebut.
"Saya rasa, pada masa ini, kita mesti lebih bertanggungjawab dan lebih berhati-hati dengan kata-kata kita. Jangan lepas cakap," katanya, sambil menegaskan bahawa beliau akan terus bercakap di Dewan Rakyat. Berita asal