Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mat Sabu masuk IJN: Jalani rawatan rutin, keadaan stabil
Diterbitkan:  Oct 6, 2025 6:50 PM
Dikemaskini: 10:50 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu kini menerima rawatan rutin di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur dengan keadaan beliau adalah stabil. 

Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menerusi kenyataan hari ini, memaklumkan pasukan perubatan menasihatkan Mohamad untuk berehat disebabkan terdapat simptom keletihan.

“Buat masa ini, menteri tidak dapat menerima tetamu bagi membolehkan beliau mendapat rehat secukupnya,” menurut kenyataan itu.

Pejabat menteri merakamkan penghargaan atas doa dan keprihatinan semua pihak terhadap kesihatan Mohamad.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS