Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Terowong Menora ke Kuala Kangsar sesak akibat kemalangan
Diterbitkan:  Oct 15, 2025 12:47 PM
Dikemaskini: 4:47 AM

Kemalangan membabitkan sebuah lori kontena di Kilometer (KM) 256 arah utara Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), dari Terowong Menora ke Kuala Kangsar, menyebabkan aliran trafik sesak sejauh lebih tujuh kilometer, hari ini.

Plus Malaysia Berhad (Plus) menerusi hantaran di akaun X rasmi @plustrafik memaklumkan kemalangan yang berlaku pada 7.56 pagi itu menghalang semua lorong arah utara, sekali gus menyebabkan kesesakan trafik.

“Kerja-kerja pengalihan lori kontena sedang dijalankan di KM256.8 arah utara antara laluan Terowong Menora dan Kuala Kangsar.

“Semua lorong masih terhalang, laluan kontra diaktifkan dari KM255.8 hingga KM257.3 arah selatan, manakala pusingan U serta mandatori exit telah dinyahaktifkan,” menurut hantaran itu setakat 11.30 pagi.

PLUS turut menasihatkan pengguna lebuh raya supaya mematuhi arahan pengawal trafik serta papan tanda di lokasi, selain mempertimbangkan laluan alternatif bagi mengelak kesesakan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS