Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lembah Klang, sebahagian Johor, Perak terputus bekalan elektrik
Diterbitkan:  Oct 15, 2025 5:14 PM
Dikemaskini: 9:52 AM

Gangguan bekalan elektrik yang secara besar-besaran telah melanda sebahagian besar Lembah Klang, dan beberapa kawasan di negeri-negeri lain turut melaporkan gangguan yang sama.

Bekalan elektrik dilaporkan terputus pada sekitar jam 4.15 petang tadi.

Di Lembah Klang, Kepong dan beberapa bahagian di Petaling Jaya - termasuk SS2, Seksyen 51A, PJ Old Town, Seksyen 14, dan Gasing Indah - adalah antara kawasan yang terjejas akibat gagguan secara mendadak itu.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam kenyataan di Facebook berkata, pasukan teknikalnya sedang berada di lokasi untuk melakukan kerja-kerja membaik pulih bekalan elektrik.

Menurut TNB, pihaknya sedang menerima jumlah aduan yang tinggi dan sedang berusaha mempercepatkan kerja-kerja pembaikan.

"Kami mohon maaf atas kesulitan yang dialami dan kesabaran anda sepanjang tempoh pembaikan amat kami hargai," kata TNB sambil mengingatkan pengguna agar berhati-hati ketika mengendalikan peralatan elektrik.

Sebagai tip keselamatan, TNB berkata ini, ini kerana bekalan mungkin akan dipulihkan pada bila-bila masa.

Sementara itu, menerusi ruangan komen di laman sosial TNB CareLine itu, beberapa pengguna turut melaporkan gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan di luar lembah Klang.

Ini termasuk di Ipoh, Perak; Johor Bahru dan Pasir Gudang, Johor serta beberapa kawasan di Negeri Sembilan.

Dalam perkembangan berkaitan, dalam satu hantaran berlainan pada sekitar jam 5 petang tadi, TNB memaklumkan insiden di Stesen Penjana Bebas, Edra Power Plant, Melaka punca bekalan elektrik di kawasan sekitar Lembah Kelang dan Johor Bahru terputus.

“TNB mengesahkan berlakunya gangguan bekalan di sekitar kawasan Lembah Kelang dan Johor Bahru akibat dari pelantikan di Stesen Penjana Bebas, Edra Power Plant di Melaka.

“Pasukan teknikal TNB sedang berusaha memulihkan bekalan secara berperingkat kepada pengguna yang terjejas.” katanya.

Semakan Malaysiakini pada kira-kira jam 5.30 petang tadi mendapati bekalan elektrik di beberapa kawan sekitar Lembah Klang berjaya dipulihkan secara berperingkat.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS