Perintah mahkamah larang Bersih ke Parlimen esok
Pihak polis telah mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) daripada mengadakan perhimpunan di Parlimen esok.
Ketua polis daerah Sentul telah mendapatkan perintah tersebut daripada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.
Perintah itu - yang kedua selepas perhimpunan Hindraf pada 25 November - melarang empat individu serta penyokong Bersih yang lain daripada menghadiri atau menyertai perhimpunan tersebut.
Empat individu tersebut ialah pemimpin PAS - Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Mohamad Sabu dan Adenaan Saad - serta Presiden Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud.

Perintah itu juga menyatakan bahawa pihak-pihak berkaitan yang lain juga dilarang sama daripada menyertai perhimpunan tersebut.
Bersih merancang untuk menyerahkan memorandum kepada Parliament esok kerana membantah pindaan Perlembagaan Persekutuan.
Gabungan itu mahu kerajaan menarik balik Rang Undang-undang Pindaan Perlembagaan yang dijadual dibentangkan esok, yang jika diluluskan, akan membolehkan tempoh perkhidmatan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dilanjutkan setahun lagi, sehingga usia 66 tahun.
Perintah tersebut pertamakali diperolehi oleh pihak polis untuk menghalang perhimpunan anjuran Hindraf bulan lalu.
Kira-kira 30,000 orang menyertai perhimpunan tersebut. Polis menyuraikan perhimpunan tersebut dengan menggunakan gas pemedih mata dan tembakan meriam air. Berita asal