Anwar ditahan pegawai Imigresen
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan oleh pegawai Imigresen selama 30 minit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pagi ini.
Anwar ditahan sebaik sahaja beliau mendarat di lapangan terbang tersebut pada jam 9.30 pagi.
Beliau baru pulang daripada menghadiri satu persidangan di Istanbul.
Ketika dihubungi kemudiannya, pembantu peribadinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata bekas timbalan perdana menteri itu disoalsiasat oleh pegawai imigresen kerana namanya terdapat dalam 'senarai suspek' kerajaan.

Anwar meninggalkan KLIA pada kira-kira jam 10 pagi selepas dibebaskan, dan pulang ke rumahnya di Segambut.
Dalam satu mesej yang disiarkan dalam blognya Anwar berkata pasportnya telah diberikan kepada seorang pegawai kanan kerajaan dan kemudiannya dipulangkan kepadanya.
Dalam laporan Reuter, Anwar menyifatkan insiden sebagai satu bentuk "gangguan jelas'.
“Ia merupakan satu percubaan untuk mengganggu dan menakut-nakutkan orang ramai dan mengalih perhatian daripada isu-isu utama mengenai rasuah di kalangan pemimpin Umno dan badan kehakiman," tambahnya.
Menurut laporan itu lagi, nama Anwar masih ada dalam 'senarai suspek' dan beliau boleh dihalang keluar negara. Beliau tidak beritahu mengapa namanya disenaraikan.
Sebelum, isterinya yang juga Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberitahu wartawan di Parlimen bahawa Anwar tidak dijadual menyertai penyerahan memorandum itu di Parlimen oleh Bersih.
Anwar menjadi sasaran kecaman pemimpin Barisan Nasional kerana didakwa mencemarkan nama Malaysia di luar negeri berhubung perhimpunan bantahan rakyat di Kuala Lumpur baru-baru ini. Berita asal