Peguam Uthayakumar tarik diri
Permohonan pemimpin Hindraf (Hindu Rights Action Force) untuk menangguhkan keputusan mahkamah yang mengenakan semula tuduhan menghasut terhadap mereka, tidak diteruskan pagi ini apabila peguam mereka menarik diri.
Peguam-peguam bagi P Uthayakumar, P Waythamoorthy dan V Ganabatirau (foto) memberitahu Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Abang Iskandar Abang Hashim bahawa mereka tidak meneruskan permohonan tersebut kerana pelanggan utama mereka, Uthayakumar tidak hadir di mahkamah.
Uthayakumar yang juga penasihat undang-undang Hindraf, ditahan polis sejak semalam dan dijangka dihadapkan ke mahkamah atas satu lagi tuduhan menghasut hari ini.
Peguam M Manoharan, A Srimurugan, K Gengadaran dan Teng Chang Khim memberitahu mahkamah pagi ini bahawa mereka menerima arahan khusus daripada Uthayakumar supaya hanya meneruskan kes tersebut jika beliau hadir.
Permohonan pemimpin Hindraf (Hindu Rights Action Force) untuk menangguhkan keputusan mahkamah yang mengenakan semula tuduhan menghasut terhadap mereka, tidak diteruskan pagi ini apabila peguam mereka menarik diri.
Peguam-peguam bagi P Uthayakumar, P Waythamoorthy dan V Ganabatirau memberitahu Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Abang Iskandar Abang Hashim bahawa mereka tidak meneruskan permohonan tersebut kerana pelanggan utama mereka, Uthayakumar tidak hadir di mahkamah.
Uthayakumar yang juga penasihat undang-undang Hindraf, ditahan polis sejak semalam dan dijangka dihadapkan ke mahkamah atas satu lagi tuduhan menghasut hari ini.
Peguam M Manoharan, A Srimurugan, K Gengadaran dan Teng Chang Khim memberitahu mahkamah pagi ini bahawa mereka menerima arahan khusus daripada Uthayakumar supaya hanya meneruskan kes tersebut jika beliau hadir.
Memandang mereka tidak tahu di mana beliau berada sekarang, maka peguam-peguam berkenaan berkata mereka menarik diri dari kes tersebut.
Ketua Bahagian Pendakwa Pejabat Peguam Negara, Datuk Yusof Zainal Abiden berhujah, memandangkan tiada permohonan dibuat pagi ini, maka tidak perlu bagi mahkamah membuat sebarang penghakiman mengenai perkara itu.
JC Abang Iskandar bersetuju dan berkata keputusannya untuk mengenakan semula tuduhan menghasut ke atas ketiga-tiga mereka, adalah kekal.
Didakwa semula
Uthayakumar; Pengerusi Hindraf, Waythamoorthy dan Ganabatirau memohon untuk menangguh penghakiman mahkamah itu sementara menunggu keputusan rayuan mereka kepada Mahkamah Rayuan.
Isnin lalu, Abang Iskandar memutuskan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen Klang, Zunaidah Mohd Idris silap dalam keputusannya melepaskan ketiga-tiga pemimpin Hindraf itu dua minggu lalu.
Pada 23 November lalu, ketiga mereka didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan kerana didakwa membuat kenyataan yang berunsur hasutan ketika berucap di sebuah restoran di Batang Berjuntai pada 16 November lalu.
Bagaimanapun, pada 26 November lalu, Zunaidah memutuskan bahawa tuduhan itu tidak lengkap kerana ucapan asal dalam bahasa Tamil tidak disertakan bersama dalam kertas tuduhan dan melepaskan ketiga-tiga mereka.
Menurut kertas tuduhan, mereka bertiga dituduh membuat kenyataan berunsur hasutan dalam bahasa Tamil, tetapi hanya transkrip dalam bahasa Malaysia sahaja yang dikembarkan bersama.
Pihak pendakwa kemudiannya membuat permohonan supaya keputusan itu disemak semula.
Dengan perkembangan terbaru itu, ketiga-tiga pemimpin Hindraf itu dijangka akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang dengan tuduhan menghasut. Pada masa ini, mereka dikenakan ikatjamin RM800 seorang.
Semalam, Uthayakumar didakwa atas satu lagi tuduhan menghasut di mahkamah Kuala Lumpur berhubung sepucuk surat yang ditulisnya kepada Perdana Menteri Britain. Kes itu akan didengar pada 7 hingga 11 Januari tahun depan.
Uthayakumar ditahan semula selepas membayar ikatjamin RM50,000 dan dijangka akan didakwa atas satu lagi tuduan menghasut hari ini. Berita asal

