Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Murid mati di tandas sekolah: KPM mahu siasatan menyeluruh
Diterbitkan:  Nov 3, 2025 11:15 PM
Dikemaskini: 3:16 PM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meminta agar semua elemen berkaitan kejadian yang menimpa seorang murid tahun empat di sebuah sekolah di Negeri Sembilan disiasat secara menyeluruh bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan.

KPM memaklumkan pihaknya mengambil perhatian penuh terhadap kenyataan oleh keluarga murid berkenaan berhubung kejadian tersebut.

“Pada waktu ini, kes masih dalam siasatan pihak polis.

"Tindakan tegas perlu diambil terhadap sesiapa sahaja yang bersalah.

Tekanan pada leher

“Keadilan perlu ditegakkan untuk keluarga Allahyarham," menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, seorang murid berusia 10 tahun ditemukan tidak sedarkan diri di dalam tandas sekolahnya di Senawang, Negeri Sembilan sebelum disahkan meninggal dunia pada 1 Okt lepas.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan tekanan pada leher dan tiada sebarang kecederaan lain pada tubuh mangsa.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS