Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Murid 11 tahun ditemukan di pinggir ladang kelapa sawit
Diterbitkan:  Nov 5, 2025 8:30 AM
Dikemaskini: 1:04 AM

Seorang murid lelaki berusia 11 tahun disyaki hilang dari sekolahnya di Sintok semalam ditemukan dalam keadaan selamat.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Mohd Radzi Abdul Rahim berkata murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Sintok itu ditemukan di kawasan pinggir ladang kelapa sawit kira-kira 2.5 kilometer dari sekolah berkenaan.

“Guru Besar sekolah itu menerima maklumat daripada penduduk perumahan di sekitar kawasan berkenaan, yang memaklumkan melihat murid itu berada di pinggir ladang kelapa sawit.

“Guru Besar bersama pengawal keselamatan pergi menjemput murid itu pada 7.45 malam dan membawanya pulang ke sekolah,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Beliau berkata semasa ditemukan oleh Guru Besar, murid itu berada dalam keadaan terpinga-pinga dan tidak sedar dengan apa yang telah berlaku sebelum diberikan rawatan Islam terlebih dahulu.

“Murid itu ditemukan dalam keadaan berselut dan tidak berkasut tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan. Dia dibawa ke Balai Polis Bukit Kayu Hitam, bagaimanapun buat masa ini masih belum dapat memberikan sebarang keterangan mengenai apa yang berlaku,” katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS