Anwar dedahkan klip video penuh VK Lingam esok
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendedahkan klip video penuh VK Lingam pagi esok.
Bekas timbalan perdana menteri itu akan mendedahkan video itu dalam satu sidang akhbar di pejabatnya .
Menurut satu kenyataan hari ini, pendedahan tersebut adalah sebagai respons terhadap keputusan kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat klip video tersebut.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendedahkan klip video penuh VK Lingam pagi sok.
Bekas timbalan perdana menteri itu akan mendedahkan video itu dalam satu sidang akhbar di pejabatnya.
Menurut satu kenyataan hari ini, pendedahan tersebut adalah sebagai respons terhadap keputusan kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat klip video tersebut.
Sebelum ini, parti-parti pembangkang, Majlis Peguam dan masyarakat sivil mendesak supaya suruhanjaya diraja diditubuhkan untuk menyiasat klip video tersebut.
Klip video tersebut, yang menunjukkan peguam Datuk VK Lingam berbual melalui telefon mengenai urusan pelantikan hakim-hakim, didedahkan oleh Anwar pada 19 September.
Bagaimanapun, beliau hanya mendedahkan lapan minit daripada klip video sepanjang 14 minit tersebut.
Semalam, kerajaan hari ini mengumumkan anggota dan bidangkuasa suruhanjaya diraja untuk menyiasatkan klip video tersebut.
Suruhanjaya lima anggota itu akan diketuai oleh bekas Ketua Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohamed Noor.
Anggota lain terdiri daripada bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim; bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mahadev Shankar; bekas Peguam Cara, Puan Sri Datuk Zaitun Zawiyah Puteh dan Pesuruhjaya Suhakam, Prof Datuk Khoo Kay Kim.
Bidang tugas suruhanjaya tersebut ialah:
- Untuk menyiasat dan menentukan kesahihan rakaman klip video berkenaan;
- Untuk menyiasat dan mengenal pasti identiti orang yang terdapat dalam klip video tersebut, kepada siapa dia sedang bercakap dan orang-orang yang disebut dalam perbualan itu;
- Untuk menyiasat dan menentukan kebenaran isi kandungan percakapan dalam klip video tersebut;
- Untuk menentukan sama ada terdapat apa-apa salahlaku oleh orang atau orang-orang yang dikenal pasti atau disebut dalam klip video tersebut; dan
- Untuk mengesyorkan apa-apa tindakan yang sesuai untuk diambil terhadap orang atau orang-orang yang dikenal pasti atau disebut dalam klip video itu sekiranya orang atau orang-orang itu didapati telah melakukan sebarang salah laku.
Suruhanjaya berkenaan dikehendaki menyiapkan siasatannya dan mengemukakan laporan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa tiga bulan dari tarikh tualiah dikeluarkan.

