PM: Hindraf cuba rosakkan negara
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melabelkan puak yang mengemis campurtangan pihak luar sebagai pengkhianat manakala tindakan Hindraf yang mendakwa memperjuangkan kaum India di Malaysia merupakan satu cubaan untuk merosakkan negara dan perpaduan kaum.
"Ini satu pengkhianatan kepada negara kita, adakah penghapusan etnik berlaku? Tidak ada langsung untuk menghapuskan orang India di negara ini," katanya yang dilihat merujuk kepada Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy yang kini berada di London untuk mendapat sokongan.
Sebelum ini, Waythamoorhy berada di India untuk menemui beberapa ahli politik utama di negara itu. Hindraf telah menuduh kerajaan Malaysia meminggirkan masyarakat India dan mendakwa berlakunya penghapusan etnik di negara ini.
Pada 25 November lalu, Hindraf menganjurkan satu perhimpunan yang dihadapi oleh ribuan orang, sebahagian besarnya masyarakat India.

Minggu lalu, polis mendakwa Hindraf ada kaitan dengan kumpulan pengganas, tetapi ia dinafikan oleh pemimpin Hindraf.
Hari ini, lima pemimpin utama Hindraf telah ditahan di bawah ISA.
Mereka yang ditahan ialah Penasihat Undang-undangnya, P Uthayakumar; peguam M Manoharan, R Kenghadharan, V Ganabatirau dan setiausaha Hindraf, T Vasanthakumar.
Menurut laporan Bernama, Abdullah berkata, kerajaan pimpinan Barisan Nasional sentiasa mendengar suara rakyat yang disampaikan menerusi saluran yang betul seperti menerusi wakil rakyat, persatuan, badan-badan bukan kerajaan atau menerusi jawatankuasa-jawatankuasa tertentu.
'Tolak demonstrasi jalanan'
"Kita menjayakan pembangunan mengikut hasrat dan kehendak rakyat dan kita mengamalkan dasar membantu sesama kaum," katanya di majlis menyambut ketibaan beliau di Pangkalan TUDM di Kuantan.
Sebelum itu, ketika bercakap kepada pemberita selepas menerima memorandum daripada kumpulan Damai Malaysia yang membantah demonstrasi jalanan di negara ini, Abdullah berkata kerajaan Barisan Nasional sentiasa mendengar suara rakyat yang disampaikan menerusi saluran yang betul seperti menerusi wakil rakyat, persatuan, badan-badan bukan kerajaan atau menerusi jawatankuasa tertentu.
Memorandum itu diserahkan oleh Damai Malaysia yang merupakan gabungan 395 badan bukan kerajaan (NGO) yang sepakat menolak demonstrasi jalanan dan menggesa kerajaan bertindak tegas terhadap mereka yang terlibat.
Perdana Menteri berkata, golongan yang membuat fitnah terhadap Malaysia di luar negara terdiri daripada mereka yang tidak sayangkan negara ini.
"Rakyat juga marah kepada golongan yang pergi ke luar negeri yang cari sokongan dan membuat cerita serta tuduhan bukan-bukan.
"Mereka sebenarnya tidak sayangkan negara, mereka hanya tamak kuasa dan, apa jadi kepada negara, mereka tak kisah," katanya
Perdana Menteri berkata golongan yang terlalu taksub dengan pandangan mereka itu tidak langsung mempedulikan kesan daripada tindakan mereka itu.
"Kita yang kena hadapi semua. Keamanan dan kesejahteraan rakyat itu yang kita kena pertahankan," katanya.