Penyokong Hindraf berkumpul di Bukit Aman
Kira-kira 30 orang yang dipercayai penyokong Hindraf berkumpul di kawasan sekitar Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di ibu negara ekoran penahanan lima pemimpin mereka di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini.
Mereka mula berkumpul pada jam 4.30 petang sebelum bersurai jam 5 petang setelah diarahkan berbuat demikian oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman.
Pada peringkat awalnya, kira-kira 10 penyokong Hindraf dilihat berkumpul di tempat letak kereta, kira-kira 20 meter dari pintu masuk utama ke Bukit Aman.

Bagaimanapun, jumlah mereka bertambah tetapi berselerak di kawasan tempat letak kereta itu.
Pada masa yang sama polis mempertingkatkan kawalan di depan pintu masuk, termasuk membuat benteng kereta dan merentangkan tali.
Jumlah anggota polis yang berkawal dianggarkan antara 40 orang dengan berdiri di depan pintu masuk.
Kira-kira jam 5.20 petang sepasukan anggota polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) membuat kawalan di depan pintu masuk.
Diarah bersurai
Kira-kira lima minit kemudian, Zulkarnain membuat arahan kepada penyokong Hindraf supaya bersurai.
"Saya memberi kamu 15 minit untuk bersurai. Jika tidak polis akan mengambil tindakan," kata Zulkarnain menggunakan pembesar suara.
Zulkarnain juga meminta anggota FRU dan polis bergerak 10 meter ke depan menghala ke tempat letak kereta.
Pada masa sama penyokong Hindraf mula meninggalkan tempat tersebut.
Bagaimanapun, anggota polis terus bergerak menghala ke gerai makan kira-kira 50 meter di depan dan memeriksa dua orang India di situ.
Bagaimanapun, kedua-dua mereka dibebaskan tidak lama kemudian.
"Polis akan memantau dan mengambil tindakan ke atas penyokong Hindraf," katanya kepada wartawan.