Mesej perpisahan Uthayakumar
Penasihat undang-undang Hindraf, P Uthayakumar, seperti sudah dapat menduga bahawa beliau akhirnya akan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang membenarkan penahanan tanpa bicara.
Dalam satu mesej video yang dirakamkan dua minggu lalu, Uthayakumar menggesa penyokong Hindraf supaya meneruskan perjuangan walaupun sekiranya beliau ditahan di bawah ISA.
“Kita tahu apa yang akan kita hadapi sejak dari awal perjuangan kita lagi. Kita sudah tahu apa yang akan terjadi kepada kita.
“Kita berjuang untuk tujuan yang baik (dan untuk) keadilan dengan menggunakan cara yang aman untuk berjaya," katanya.

“Dengan menahan kita di bawah ISA, isu peminggiran dan penjajahan kekal masyarakat India di Malaysia akan lebih mendapat perhatian.
“Kita mesti melihatnya secara positif kerana dengan cara itu kita (boleh) mendapat perhatian kerajaan dan di peringkat antarabangsa," katanya.
Video tersebut dirakamkan pada 29 November di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur - hari di mana Uthayakumar memfailkan permohonan untuk menyemak semula perintah mahkamah yang diperolehi polis untuk melarang perhimpunan Hindraf diadakan.
Hari ini, Uthayakumar dan empat orang lagi - peguam M Manoharan, R Kenghadharan dan V Ganabatirau - serta setiausaha Hindraf, T Vasantha Kumar - ditahan mengikut Seksyen 8(1) ISA.
Dalam satu langkah yang jarang dibuat, kelima mereka telah dihantar terus ke Pusat Tahanan Kamunting di Taiping, Perak, untuk ditahan selama dua tahun, tanpa melalui tempoh siasatan selama 60 hari.
Dikaitkan dengan pengganas
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, kelima mereka ditahan di bawah ISA kerana terbabit menjalankan aktiviti yang mengancam keselamatan negara.
Minggu lau, Musa mendakwa, Hindraf mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas dan aktif meniupkan sentimen perkauman di kalangan masyarakat India dengan membangkitkan kemarahan dan kebencian mereka terhadap kerajaan.
Uthayakumar, yang berkata beliau tidak pernah menyesal, menambah bahawa pengorbanan yang dibuatnya untuk perjuangan tersebut memang berbaloi.
“Jika itu bermakna kita ditahan di bawa ISA demi kebaikan kaum India, supaya mereka dilayan secara bermaruah, dan supaya mereka dihormati sebagai manusia dan sebagai rakyat Malaysia...[...] maka biarkanlah,” tegasnya.
Uthayakumar mengakhir rakaman video tersebut dengan tersenyum dan melambaikan selamat tinggal - satu imej yang mungkin tidak akan dapat dilihat untuk seberapa ketika ini. Berita asal
Anda boleh saksikan rakaman tersebut di Malaysiakini.TV