Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
China temukan deposit emas di wilayah Timur Laut

China menemukan deposit emas berskala mega dan berkualiti rendah pertama di wilayah timur laut Liaoning, menurut Kementerian Sumber Asli negara itu pada Jumaat, lapor Xinhua.

Deposit Dadonggou itu dianggarkan mengandungi 2.586 bilion tan bijih dengan jumlah sumber emas sebanyak 1,444.49 tan pada gred purata 0.56 gram setiap tan.

Menurut kementerian, penemuan bersejarah itu dijangka mengukuhkan rizab emas strategik China dan berpotensi mewujudkan sebuah pangkalan pengeluaran emas bertaraf dunia, sekali gus menyokong pemulihan menyeluruh serta pembangunan berkualiti tinggi di timur laut China.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS