Umno ramal menang hingga 29 kerusi di K'tan
Umno Kelantan meramalkan parti itu akan memenangi 25 hingga 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu dalam pilihanraya umum akan datang.
Malah, kata Ketua Umno bahagian Pasir Putih, Datuk Kamaruddin Mohd Noor, parti itu mampu menang lebih banyak lagi kerusi jika orang Melayu di negeri itu tidak takut untuk mengundi Umno.
"Masih ada pengundi Melayu yang tidak mengundi calon Umno kerana takut berdosa dan akibatnya mereka mengundi PAS, walaupun mereka tahu parti itu tidak mampu memerintah Kelantan," kata Kamaruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semerak
"Ia adalah sentimen yang dimainkan oleh pemimpin PAS dalam setiap pilihanraya bagi menghalang orang Melayu daripada mengundi calon Umno," katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui minggu lalu.

Pada masa yang sama, kata Kamaruddin, kumpulan penyokong parti politik di Kelantan terbahagi kepada tiga - penyokong Umno, penyokong PAS dan pengundi atas pagar.
Katanya, pengundi atas pagar penting kerana merekalah yang akan menentukan kemenangan Umno atau sebaliknya.
Pengundi atas pagar
"Untuk itu, kita sedang mengawasi pergerakan kira-kira 30 peratus pengundi atas pagar ini. Kebanyakan mereka tinggal di luar Kelantan dan pulang mengundi di kawasan masing-masing.
"Isu-isu nasional dibawa ke kampung masing-masing dan ini boleh mempengaruhi pengundi di tempat mereka," katanya lagi.
PAS memerintah Kelantan selepas memenangi pilihanraya umum 1990 dengan kerjasama Parti Semangat 46 (S46) pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah ketika itu. S46 telah dibubarkan dan pemimpinnya, termasuk Tengku Razaleigh dan ahli-ahlinya kembali ke pangkuan Umno.
Kelantan mempunyai 45 kerusi DUN. PAS kini memerintah Kelantan hanya dengan kelebihan satu kerusi - 23 PAS dan 22 Barisan Nasional (BN).
Kamaruddin berkata, keadaan sudah mula berubah ekoran pelbagai program secara berterusan yang dijalankan oleh Umno.
Berdasarkan perkembangan semasa, katanya, ramai yang dulunya penyokong kuat PAS, sudah bersedia mengundi calon Umno dalam pilihanraya umum akan datang.
Tembusi kubu PAS
"Kita (Umno) juga mendapat isyarat bahawa penyokong PAS yang sebelum ini tidak pernah hadir dalam program anjuran Umno, telah mula datang," katanya lagi.
Kamaruddin berkata, beberapa kawasan yang sebelum ini merupakan kubu kuat PAS, kini berjaya ditembusi oleh Umno.
PAS juga, katanya, tidak ada isu-isu besar yang boleh mereka gunakan dalam pilihanraya umum akan datang.
"PAS menang di Kelantan kerana isu besar yang tercetus dalam politik negara khususnya membabitkan perpecahan dalam Umno.
"Pada 1990 Umno berpecah dua - satu Team A pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Team B yang diketuai Tengku Razaleigh.
"Pada 1999 pula, Umno sekali lagi berpecah ekoran pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kerajaan dan parti pada 1998," katanya.