240,000 rakyat M'sia bekerja di Singapura
Seramai 240,000 rakyat Malaysia kini bekerja di Singapura kerana tawaran gaji yang lumayah.
Manakala 110,000 lagi rakyat Malaysia berkhidmat di negara-negara yang lain, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Abdul Rahman Bakar.
Menjawab soalan Senator Datuk Omar Faudzar di Dewan Negara hari ini, beliau berkata 20 peratus daripada mereka terdiri daripada golongan profesional manakala bakinya merupakan pekerja biasa.

"Tawaran gaji lumayan oleh syarikat asing antara faktor utama kepada golongan profesional memilih untuk berkhidmat di luar negara," katanya.
Menurutnya, antara sektor yang menawarkan gaji lumayan dan menarik minat golongan profesional ialah perubatan, pembinaan, perniagaan, komunikasi teknologi dan kejururawatan.
Selain itu, kata Abdul Rahman, punca penghijrahan disebabkan sikap sesetengah pelajar yang enggan pulang ke tanahair apabila tamat pengajian di luar negara, demikian menurut laporan Bernama.
Tawaran gaji tinggi
"Mereka tertarik dengan tawaran gaji yang tinggi selain peluang meningkatkan kemahiran, kemudahan asas serta infrastruktur yang maju di negara tersebut mampu memberikan keselesaan hidup," katanya.
Menurutnya, kerajaan tidak menghalang golongan profesional untuk berhijrah ke luar negara memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan dasar terbuka.
Bagaimanapun sejak 2001, kerajaan berusaha menarik minat rakyat Malaysia yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu kembali semula melalui Program Menggalakkan Warganegara.
"Mungkin pengalaman yang diterima di negara asing itu kemudiannya boleh dimanfaatkan di negara kita pula," katanya.
Abdul Rahman berkata pelbagai insentif menarik diberikan oleh kerajaan bagi menghalang golongan profesional berhijrah ke luar negara.
Antaranya, kata beliau, ialah pengecualian cukai bagi semua barangan persendirian yang dibawa balik selain pengecualian duti import dan duti eksais bagi kereta yang dibawa balik dari luar negara.