Hindu Sangam luahkan segala-galanya kepada PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi diminta supaya memberi tumpuan kepada isu-isu yang membabitkan masyarakat India dan bukannya bertindak mengecam penyokong Hindraf (Hindu Rights Action Force).
Ia adalah antara perkara yang dibangkitkan oleh Presiden Hindu Sangam Malaysia (MHS), Datuk A Vaithilingam sewaktu perjumpaan khas antara badan bukan kerajaan (NGO) kaum India dengan perdana menteri, Jumaat lalu.
Vaithilingam juga menegaskan bahawa ramai menyertai perhimpunan anjuran Hindraf pada 25 November lalu, membuktikan bahawa masyarakat India menghadapi masalah yang serius.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi diminta supaya memberi tumpuan kepada isu-isu yang membabitkan masyarakat India dan bukannya bertindak mengecam penyokong Hindraf (Hindu Rights Action Force).
Ia adalah antara perkara yang dibangkitkan oleh Presiden Hindu Sangam Malaysia (MHS), Datuk A Vaithilingam sewaktu perjumpaan khas antara badan bukan kerajaan (NGO) kaum India dengan perdana menteri, Jumaat lalu.
Vaithilingam juga menegaskan bahawa ramai menyertai perhimpunan anjuran Hindraf pada 25 November lalu, membuktikan bahawa masyarakat India menghadapi masalah yang serius.
Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Agung MHS, Dr K Balakrishnan memetik Vaithilingam berkata demikian dalam ucapannya sewaktu perhimpunan tersebut.
“Hindraf adalah akibat daripada banyak isu-isu serius, termasuk kes M Moorthy dan kes-kes di mana mayat penganut agama Hindu dikebumikan oleh jabatan agama Islam serta perobohan beberapa kuil Hindu," katanya.
Menurutnya, perhimpunan itu mendapat sambutan besar mungkin disebabkan oleh banyak masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat India terutama proses perbandaran yang telah membawa mereka keluar dari luar bandar.
Balakrishnan berkata, Presiden MHS itu merayu kepada perdana menteri supaya menimbang isu-isu tersebut, dan bukannya mengecam para penyokong Hindraf.
Timbang semula ISA
Selain itu, Vaithilingam juga merayu kepada perdana menteri supaya menimbang secara serius untuk membebaskan lima pemimpin Hindraf daripada tahanan ISA dan mendakwa mereka di mahkamah.
Presiden MHS itu juga berkata menahan mereka di bawah ISA adalah tidak betul di sebuah negara yang mengamalkan demokrasi dan akan menjejaskan imej negara.
Vaithilingam juga menggesa perdana menteri supaya menimbang semula tuduhan cubaan membunuh terhadap 31 penyokong Hindraf yang ditahan reman kerana mereka mungkin terdiri daripada orang ramai yang kebetulan berada di tempat kejadian.
"Sukar bagi MHS untuk mempercayai bahawa mereka ini mempunyai niat untuk membunuh dan gembira kerana perdana menteri berkata beliau akan bercakap dengan peguam negara," katanya.
Pagi ini, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail telah menarik tuduhan cubaan membunuh terhadap 31 penyokong Hindraf itu.
Mereka mengaku salah terhadap dua lagi tuduhan, iaitu melakukan khianat dan menyertai perhimpunan haram. Mahkamah akan menjatuh hukuman pada 27 Disember depan, dan mereka masing-masing dibenarkan ikatjamin RM500 dengan seorang penjamin.
Sementara itu, Balakrishnan berkata Vaithilingam juga menggesa perdana menteri supaya menghentikan perobohan kuil dan mengiktiraf semua kuil sebagai kuil rasmi.
Beliau menggesa perdana menteri supaya meneliti undang-undang yang tidak melindungi isteri-isteri kepada lelaki-lelaki yang menukar agama mereka kepada Islam.
Vaithilingam meminta perdana menteri meminta peguam negara supaya menimbang isu-isu tersebut yang terlalu lama berlanjutan tanpa sebarang hasil yang memuaskan.
Kakitangan bukan Melayu
Vaithilingam juga meminta supaya lebih ramai kakitangan bukan Melayu diambil bekerja di jabatan kerajaan.
Menurutnya, ketika masuk ke Pejabat Perdana Menteri, beliau mendapati hampir kesemua kakitangan di situ dari satu kaum sahaja.
Balakrishnan berkata, Vaithilingam telah diminta oleh banyak badan bukan kerajaan (NGO) kaum India supaya membangkitkan masalah yang dihadapi oleh masyarakat tersebut, kepada perdana menteri.
Beliau bersetuju menjadi penyelaras satu memorandum untuk dikemukakan kepada perdana menteri untuk dipertimbangkan, dalam beberapa minggu lalu.
Ia bermula dengan 48 NGO India tetapi sehingga hari ini, jumlahnya telah meningkatkan kepada 70 NGO, kata Balakrishnan.
Vaithilingam juga menyatakan harapannya agar semua NGO bekerjasama dengan perdana menteri untuk melaksanakan projek-projek bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat India di negara ini.
Menurut Balakrisnan, presiden MHS itu juga menegaskan pentingnya perpaduan nasional di kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama. Berita asal

