Khir Toyo harap diberi peluang terus terajui S'gor
Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berharap beliau akan diberi peluang untuk meneruskan khidmatnya sebagai Menteri Besar Selangor selepas pilihanraya umum akan datang bagi membolehkan beliau "menyelesaikan dua tiga perkara yang beliau patut teruskan di negeri itu".
"Kalau Perdana Menteri rasa saya boleh menyumbang di peringkat pusat, saya tak boleh menolak...tapi saya igin hendak jelaskan ada dua tiga perkara yang belum selesai di Selangor yang patut saya teruskan," katanya dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini minggu lalu.
Salah satu daripadanya ialah beliau ingin lihat Selangor menjadi negeri contoh dan menjadi gambaran Malaysia maju 2020.
Selain itu, katanya, beliau juga mahu mencapai sepenuhnya matlamat setinggan sifar di Selangor untuk membela masyarakat tersebut supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang sempurna dengan memiliki tempat kediaman sendiri dengan kemudahannya serta menyediakan peluang pendidikan kepada anak-anak mereka.
Menurutnya, matlamat setinggan sifar sepatutnya dicapai pada tahun 2005 tetapi "ada dua tiga peratus lagi yang tidak selesai kerana ada kes mahkamah yang kita tidak boleh mengatasinya, kena tunggu prosedur dan perbincangan".
Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berharap beliau akan diberi peluang untuk meneruskan khidmatnya sebagai Menteri Besar Selangor selepas pilihanraya umum akan datang bagi membolehkan beliau "menyelesaikan dua tiga perkara yang beliau patut teruskan di negeri itu".
"Kalau Perdana Menteri rasa saya boleh menyumbang di peringkat pusat, saya tak boleh menolak...tapi saya ingin hendak jelaskan ada dua tiga perkara yang belum selesai di Selangor yang patut saya teruskan," katanya dalam wawancara eksklusif dengan
Malaysiakini
minggu lalu.
Salah satu daripadanya ialah beliau ingin lihat Selangor menjadi negeri contoh dan menjadi gambaran Malaysia maju 2020.
Selain itu, katanya, beliau juga mahu mencapai sepenuhnya matlamat setinggan sifar di Selangor untuk membela masyarakat tersebut supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang sempurna dengan memiliki tempat kediaman sendiri dengan kemudahannya serta menyediakan peluang pendidikan kepada anak-anak mereka.
Menurutnya, matlamat setinggan sifar sepatutnya dicapai pada tahun 2005 tetapi "ada dua tiga peratus lagi yang tidak selesai kerana ada kes mahkamah yang kita tidak boleh mengatasinya, kena tunggu prosedur dan perbincangan".
"Saya rasa kalau diberi peluang, saya memanglah ingin meneruskan kerja-kerja saya dan selepas itu terpulang kepada kerajaan persekutuan untuk memikirkan. Jika dirasakan saya tidak boleh menyumbang, maka saya akan berhenti dan jalankan tugas saya setakat yang saya mampu," tambahnya.
Dr Mohd Khir dilantik sebagai menteri besar Selangor pada bulan Ogos tahun 2000 bagi menggantikan Tan Sri Abu Hassan Omar yang melepaskan jawatan tersebut atas sebab-sebab peribadi.
Exco Pemuda
Ketika itu, Dr Mohd Khir merupakan ahli Exco Pemuda Umno Malaysia dan pengerusi biro agama pergerakan tersebut.
Peningkatan mendadak kedudukan Dr Mohd Khir bukan sahaja dalam dalam kerajaan, tetapi juga dalam hirarki kepimpinan Umno. Dalam pemilihan Umno 2004, beliau bukan sahaja mendapat jumlah pencalonan tertinggi (171) bagi jawatan Majlis Tertinggi (MT) tetapi juga memperolehi undi terbanyak (2,015).
Kedudukan Dr Mohd Khir dianggap kuat kerana merajui Umno Selangor - antara negeri yang mempunyai jumlah bahagian Umno terbanyak (22) - di belakang Johor (26), Sabah (25) dan Perak (14) - yang menentukan bilangan perwakilan ke perhimpunan agung Umno.
Ekoran itu, tercetus pelbagai spekulasi termasuk kemungkinan beliau akan bertanding jawatan naib presiden Umno dalam pemilihan Umno yang akan datang. Ini ekoran wujudnya satu kekosongan bagi jawatan tersebut selepas kemenangan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad dibatalkan kerana terbabit dalam politik wang.
Di samping itu, ada pula pihak yang mengatakan bahawa Dr Mohd Khir juga layak dicalon bagi jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia, dan sekaligus menjadi salah seorang naib presiden Umno.
Desas-desus itu timbul ekoran kenyataan yang pernah dibuat oleh Ketua Pemuda Umno sekarang, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa ini merupakan penggal terakhir beliau menyandang jawatan tersebut. Manakala Khairy Jamaluddin, yang juga menantu Perdana Menteri, menang jawatan Naib Ketua Pemuda tanpa bertanding, selepas calon-calon lain menarik diri.
Umno mempunyai lima naib presiden, iaitu tiga dipilih melalui pertandingan dan tiga lagi merupakan ketua-ketua Wanita dan Pemuda.
Tanding naib presiden?
Apabila ditanya mengenai perkara tersebut, Dr Mohd Khir berkata: "Saya tak anggap politik sebagai satu karier sebenarnya, saya anggap politik ni satu amanah, jadi saya tak mahu memikir ke mana nak pergi pada masa depan.
"Yang penting adakah saya mampu atau tidak menyumbang pada agama, bangsa dan negara. Dan jika ada pemimpin yang saya lihat boleh sumbang lebih baik dari saya, saya akan sokong mereka.
"Jadi bagi saya itu yang paling penting, saya letak masa depan bangsa dan negara lebih dari segala-galanya, bukan karier politik dan sebagainya," katanya sambil menambah beliau tidak pernah menganggap jawatan Menteri Besar sebagai "orang yang memiliki kuasa".
"Saya tidak merasa saya ada kuasa, saya rasa yang saya ada (ialah) amanah yang saya perlu buat," tambahnya.
Setelah ditekan berkali-kali sama ada beliau akan bertanding jawatan naib presiden dalam pemilihan Umno yang akan datang, Dr Mohd Khir berkata: "Saya akan kaji juga tentang calon-calon yang bertanding. Kalau calon yang bertanding itu lebih baik dari saya, saya akan sokong mereka".
Ditanya pendiriannya jika mendapat banyak pencalonan, beliau berkata: "Kita kena buat kajian mengapa. Kita kena tanya pandangan orang bawahan, saya tak nak jadi pemimpin "yang hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong".
"Jadi kalau mereka merasakan kita boleh menyumbang, kita nak tanya juga apakah kriteria yang ada pada saya yang boleh menyumbang. Jika itu betul ada dalam diri saya, kita akan buat keputusan.
Mengenai Khairy
"Saya nak tegaskan yang penting ialah masa depan, bukan masa depan saya, tapi masa depan negara. Di dalam cabaran masa depan, kita sebagai pemimpin, bukan sahaja berpendidikan, tapi pemimpin yang boleh melihat isu dari semua sudut dan membuat keputusan.
"Kita mungkin merasa bahawa kita membuat keputusan yang baik dan bijak, tetapi seorang pemimpin itu bukan itu sahaja, tetapi seorang pemimpin kena buat keputusan yang kita panggil tepat."
Ditanya mengenai jawatan ketua Pemuda Umno, Menteri Besar Selangor itu menjawab: "Saya rasa, saya sudah agak tualah untuk (bertanding jawatan ketua) Pemuda..."
"Saya rasa mereka ada pemimpin yang baik...dan saya lihat mereka ada perancangan yang baik, eloklah mereka teruskan, saya memang tidak terfikir nak bertanding (jawatan) ketua pemuda," tambahnya.
Ditanya sama ada beliau bermaksud khairy, Dr Mohd Khir menjawab: "Terpulanglah pada mereka, ada dua tiga orang yang boleh dinaikkan, mereka boleh pilih yang terbaik."
Apabila ditanya sama ada beliau enggan bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno kerana tidak mahu berdepan dengan Khairy, beliau beliau berkata: "Saya rasa beliau lebih baik dari saya untuk (memimpin) Pemuda (Umno)".
Mengenai hubungannya dengan Khairy, Dr Mohd Khir berkata: "Setakat ini tak ada masalah, kita ada jumpa berbincang beberapa perkara bagaimana nak majukan orang Melayu, negara.
"Cuma pandangan orang lain mengatakan, saya bukannya seorang pemimpin yang meletak cita-cita di depan perjuangan saya. Saya meletak masa depan bangsa saya di depan."
Esok: Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo menjawab tuduhan rasuah terhadapnya

