Rang undang-undang kontroversi SCC ditangguhkan
Pembentangan Rang Undang-undang Suruhanjaya Aduan Khas (SCC) yang dijadualkan dibentang untuk bacaan kali kedua hari ini telah ditangguhkan sehingga sidang Dewan Rakyat yang akan datang, pada Mac tahun depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata, ia ditangguhkan untuk memberi masa kepada ahli-ahli Parlimen untuk mengkajinya serta badan-badan awam untuk memberi maklum balas.
"Kita telah mencapai kata sepakat selepas semua anggota kabinet sebulat suara bersetuju untuk menangguhkan pembentangan rang undang-undang itu," katanya kepada pemberita, sambil menambah bahawa penangguhan itu menunjukkan kerajaan mendengar dan tidak mahu tergesa-gesa untuk membentangkannya.
Bagaimanapun, Nazri berkata, rang undang-undang itu tidak akan ditarik balik tetapi pindaan boleh dibuat sewaktu dibahas di peringkat jawatankuasa.
Pembentangan Rang Undang-undang Suruhanjaya Aduan Khas (SCC) yang dijadualkan dibentang untuk bacaan kali kedua hari ini telah ditangguhkan sehingga sidang Dewan Rakyat yang akan datang, pada Mac tahun depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata, ia ditangguhkan untuk memberi masa kepada ahli-ahli
Parlimen untuk mengkajinya serta badan-badan awam untuk memberi maklum balas.
"Kita telah mencapai kata sepakat selepas semua anggota kabinet sebulat suara bersetuju untuk menangguhkan pembentangan rang undang-undang itu," katanya kepada pemberita, sambil menambah bahawa penangguhan itu menunjukkan kerajaan mendengar dan tidak mahu tergesa-gesa untuk membentangkannya.
Bagaimanapun, Nazri berkata, rang undang-undang itu tidak akan ditarik balik tetapi pindaan boleh dibuat sewaktu dibahas di peringkat jawatankuasa.
Beliau juga berkata, pelantikan ketua polis negara (KPN) sebagai anggota suruhanjaya tersebut tidak akan menjadi masalah dalam pelaksanaan rang undang-undang tersebut.
"Ini bukan IPCMC (Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis), jadi tidak berlaku percanggahan kepentingan berhubung pelantikan KPN. Ini adalah SCC," katanya.
Sambil menegaskan bahawa kerajaan tidak akan memberi kuasa mendakwa kepada badan siasatan tersebut, Nazri berkata: "SCC hanya akan menerima aduan dan menyiasatnya. Ia tidak mendengar kes dan melakukan pendakwaan kerana kita mempunyai sistem mahkamah. Dalam negara ini, hanya peguam negara boleh mendakwa," katanya.
SCC, yang dibentangkan untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat minggu lalu, mendapatkan bantahan pihak pembakang dan badan-badan awam, yang menyifatkan ianya bukan IPCMC.
Tiada perbincangan
Sebelum itu, Nazri menerima satu memorandum dari beberapa badan awam yang menuntut kerajaan supaya menarik balik rang undang-undang SCC itu.
Mereka juga menuntut supaya cadangan asal IPCMC yang disyorkan oleh Suruhanjaya Diraja Polis, dibentangkan di Dewan Rakyat untuk menggantikan rang undang-undang SCC.
Ketika membaca kandungan memorandum tersebut yang disokong oleh kira-kira 43 badan bukan kerajaan (NGO), Pengarah Eksekutif Amnesty International Malaysia, Shanon Shah Mohd Sidik (kanan) berkata SCC telah menggagalkan hasrat sebenar Suruhanjaya Diraja Polis untuk menambahbaik profesionalisme dalam pasukan tersebut bagi memastikan hak asasi manusia, undang-undang dan akauntabiliti dilaksanakan oleh pihak polis.
Menurutnya, tiada sebarang perbincangan diadakan dengan pihak awam mengenai rang undang-undang tersebut dan ianya dibentangkan secara tergesa-gesa di Parlimen dalam tempoh masa yang singkat.
Beliau berkata, langkah melantik KPN menganggotai struktur urustadbirnya telah mewujudkan percanggahan kepentingan.
Shanon berkata, bagaimana SCC hendak memastikan akauntabiliti dalam pasukan polis sedangkan salah seorang anggotanya adalah ketua polis negara sendiri, yang bertanggungjawab terhadap semua aduan yang dibuat terhadap pasukan tersebut.
Oleh itu, katanya, SCC bakal menjadi satu lagi institusi yang tidak berkesan dan membazirkan wang pembayar cukai, serta merupakan satu percubaan untuk mengelak daripada penubuhan IPCMC.
Ketua pembangkang, Lim Kit Siang mengalu-alukan penangguhan tersebut dan berkata mesti ada proses perbincangan yang sewajarnya berkaitan rang undang-undang tersebut.
Semalam, Tunku Abdul Aziz Ibrahim, salah seorang anggota suruhanjaya diraja polis itu, mengecam SCC yang dianggap sebagai satu 'penghinaan' terhadap rakyat. Berita asal

