Tiga lelaki Jepun didakwa cuba menyeludup lebih 40kg ganja ke negara ini.
Media Jepun melaporkan Wataru Matsuki, 42, Ryota Yuasa, 32, dan seorang individu berumur 19 tahun, didakwa pada Isnin.
Ketiga-tiga lelaki itu ditahan pada 18 November, sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Bangkok, setelah didapati membawa 43.4kg ganja.
Jiji Press melaporkan, mengikut pertuduhan, setiap seorang daripada mereka membawa kira-kira 14kg ganja.
Menurut peguam bela, suspek sebenarnya membawa dadah itu bagi pihak orang lain dan terkejut dengan penemuan bahan terlarang itu.
