Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Serbuan di spa - Pemuda PAS mahu NGO pro-LGBTQ+ diharamkan
Diterbitkan:  Dec 3, 2025 1:49 PM
Dikemaskini: 6:01 AM

Sayap Pemuda PAS membuat laporan polis terhadap NGO Justice for Sisters (JFS), dan mendesak NGO itu disiasat dan diharamkan kerana menyediakan khidmat sokongan dan advokasi membantu individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat kesihatan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Laporan itu dibuat oleh Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Dalam kenyataan di laman Facebook Pemuda PAS Malaysia, sayap itu mengecam kerja-kerja advokasi JFS – yang dilabel sebagai “kumpulan pro-LGBTQ+” – serta menuduh NGO tersebut menyokong “perbuatan jijik”.

“NGO ini telah menyediakan khidmat sokongan dan advokasi kepada perbuatan LGBT dan terang terangan menyokong perbuatan jijik ini.

“Laporan ini dibuat supaya NGO itu disiasat dan diharamkan daripada beroperasi.

“Selepas ini kami akan tekan MCMC melalui Menteri Fahmi Fadzil untuk sekat semua aplikasi gay yang wujud di Malaysia,” kata kenyataan itu.

Bernama melaporkan 17 penjawat awam adalah antara 208 individu ditahan polis dalam serbuan di sebuah kelab kesihatan pada 28 November lalu. Kelab itu dipercayai dijadikan lokasi aktiviti seksual songsang di kawasan Chow Kit, di Kuala Lumpur.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS