Samy: Anwar sedang bersandiwara
Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu mendakwa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanyalah 'bersandiwara" apabila menunjukkan keprihatinannya terhadap masalah kaum India kerana mahu memancing undi mereka menjelang pilihanraya umum akan datang.
"Beliau sedang cuba memancing kaum India. Dia tersenyum sekarang apabila bertemu dengan kaum India.
"Saya tidak tahu sejak bila dia mula menyemai tabiat sebaik itu, sedangkan tabiat lamanya berbeza sama sekali ketika menjadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan," kata Samy Vellu dalam satu kenyataan hari ini.
Anwar menjadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan sehinggalah beliau dipecat dari kerajaan dan Umno oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad atas tuduhan salahlaku moral dan salahguna kuasa pada 1998.

Samy mendakwa, sewaktu berada di atas, Anwar tidak pernah pandang pada kaum India, "apatah lagi untuk menyelesaikan masalah mereka".
"Ketika menjadi menteri pelajaran, beliau tidak pernah mengambil tahu nasib sekolah-sekolah Tamil," katanya sambil menambah bahawa Anwar juga tidak membantu belia-belia India sewaktu menjadi menteri belia.
Menurut Samy Vellu lagi, sewaktu tercetus masalah di Kampung Rawa berhubung isu kuil dan masjid di Pulau Pinang pada 1998, "Anwar telah mengugut penganut Hindu supaya menerima apa sahaja dia katanya, atau kalau tidak, bunyi loceng kuil tidak akan kedengaran lagi di Pulau Pinang. Itulah beliau sebenarnya."
Insiden Kampung Rawa
Pada 27 Mac 1998, berlaku ketegangan apabila umat Islam, selepas bersembahyang Jumaat, berarak ke Kuil Sri Raja Madurai Veeran di Kampung Rawa.
Umat Islam di situ tidak puashati kerana kuil tersebut - yang dirancang untuk diperbesarkan - membunyikan loceng yang tidak menyenangkan mereka, mengakibat berlaku pergaduhan antara beratus-ratus penganut Hindu dan orang Islam.
Berikutan itu, empat orang tercedera, manakala kuil-kuil dan masjid-masjid lain diserang dan lebih 200 ditangkap.
Persengkitaan itu selesai selepas kerajaan negeri menyediakan kawasan ganti sebagai tapak kuil tersebut di Jalan SP Chelliah.
Hari ini, kata Samy, Anwar kelihatan begitu baik sekali terhadap masyarakat India di Malaysia.
Kata Menteri Kerjaraya itu, Anwar sentiasa tersenyum dan semuanya kerana "pilihanraya raya sudah tidak lama lagi".
"Inilah apa yang kita panggil sandiwara," katanya sambil menambah, semua itu tidak akan dapat menyelesaikan masalah masyarakat India.
'Gejala sosial'
"Dia dalam kabinet bersama saya. Dia tahu yang saya berjuang untuk masyarakat India. Jika dia berani menafikannya, saya akan panggil dia pembohong.
"Mengapa bercakap tentang sekolah Tamil sekarang, sedangkan dia sepatutnya telah menanganinya ketika menjadi menteri pelajaran dahulu," tegas Samy lagi.
Malah, tegasnya, Anwar dapat mengelak belia-belia India daripada terbabit dalam gejala sosial seandainya beliau menyediakan mereka peluang mendapatkan latihan kemahiran ketika menjadi menteri belia dan sukan dahulu.
Samy memberitahu Anwar bahawa pemimpin PKR itu boleh menarik perhatian masyarakat India ketika berkempen.
Bagaimanapun, kata Presiden MIC itu, masyarakat India dan masa depan mereka telah dan akan sentiasa berada dalam tangan Barisan Nasional.
Menurut Samy lagi, Anwar pernah diberi peluang sebelum ini, tetapi dia telah mensia-siakannya.
Pada 25 November lalu, Hindraf (Hindu Rights Action Force) telah mengadakan perhimpunan yang disertai oleh kira-kira 30,000 orang di ibunegara.
Mereka menuduh MIC gagal membela nasib kaum India di negara itu, manakala perjuangan mereka itu mendapat sokongan dari parti-parti pembangkang.