Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Kes kematian kucing, anjing: JPV perbetul butiran perundangan

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) hari ini mengeluarkan pembetulan terhadap butiran perundangan berhubung kes tular kematian kucing dan anjing yang ditinggalkan di sebuah klinik veterinar di Damansara Damai, Kuala Lumpur.

JPV dalam kenyataan memaklumkan rujukan yang betul ialah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah dan bukan Seksyen 112 Kanun Keseksaan seperti dinyatakan dalam kenyataan medianya semalam.

“Kekhilafan itu tidak disengajakan dan pembetulan dibuat bagi memastikan ketepatan maklumat disampaikan kepada orang awam,” menurut kenyataan itu.

Semalam, JPV mengesahkan menerima 1,920 aduan berhubung kes tular itu setakat ini, dan pemeriksaan oleh JPV Selangor di premis itu menemukan masing-masing satu karkas kucing dan anjing dalam sangkar berasingan.

Karkas itu telah dihantar ke Makmal Veterinar Zon Tengah di Salak Tinggi, Sepang untuk bedah siasat.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS