Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kedutaan nasihat rakyat Malaysia di Kemboja elak kawasan sempadan

Rakyat Malaysia di Kemboja dinasihatkan untuk mengelakkan perjalanan tidak penting ke wilayah Preah Vihear, Oddar Meanchey, Banteay Meanchey, Battambang, Koh Kong dan Pursat sehingga diberitahu kelak.

“Warganegara Malaysia di Kemboja dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti perkembangan melalui sumber berita yang boleh dipercayai serta mematuhi sepenuhnya sebarang arahan dan nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan,” menurut Kedutaan Malaysia di Phnom Penh dalam satu nasihat perjalanan yang dimuat naik di laman Facebook pada Khamis.

Bagi mendapatkan bantuan, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan melalui e-mel di [email protected], talian hotline 24 jam di +855 15 216 176 atau melayari https://www.kln.gov.my/web/khm_phnom-penh/home.

Sementara itu, kedutaan turut menyeru dan menggalakkan semua rakyat Malaysia di Kemboja untuk mendaftar atau mengemas kini maklumat peribadi dalam pangkalan data baharu Kedutaan.

“Kedutaan Besar Malaysia Phnom Penh dalam proses mengemaskini maklumat rakyat Malaysia di Kemboja.

“Kedutaan mengambil maklum terdapat warganegara Malaysia yang telah berpindah atau meninggalkan Kemboja pada tahun-tahun terdahulu tanpa mengemas kini maklumat mereka,” menurut kedutaan dalam kenyataan berasingan.

Langkah itu adalah penting bagi memudahkan pihak Kedutaan memperkemas penyampaian maklumat rasmi, pengurusan perkhidmatan konsular serta langkah-langkah berkaitan keselamatan dan kebajikan warganegara Malaysia di Kemboja.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS