Amerika Syarikat (AS) menggesa semua pihak supaya bertenang dan meneruskan usaha diplomatik yang bertujuan untuk mencapai penyelesaian berkekalan di Yaman, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Dalam satu kenyataan, Setiausaha Negara AS Marco Rubio menyatakan penghargaan negaranya terhadap usaha diplomatik Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam memperkukuh keselamatan dan kestabilan serta memajukan proses politik di Yaman.
Beliau turut menegaskan sokongan AS terhadap usaha berkenaan bagi menggalakkan kepentingan keselamatan bersama.
- Bernama-SPA
