Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rasuah RM5 juta, hadiah Lamborghini - SPRM siasat bekas menteri
Diterbitkan:  Dec 29, 2025 5:41 PM
Dikemaskini: 9:49 AM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merakam keterangan seorang bekas menteri kerana disyaki menerima rasuah wang kira-kira RM5 juta dan kereta mewah jenis Lamborghini melibatkan projek papan iklan dan pemindahan tanah di ibu negara.

Menurut sumber, bekas menteri terbabit datang ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini bagi dirakam keterangan dan siasatan pada peringkat mengesan punca pembayaran kereta mewah berkenaan.

“Bagi kes pemindahan tanah pula, siasatan awal mendapati tanah-tanah yang sebelum ini digazetkan untuk pembinaan surau telah dipindah milik kepada satu syarikat proksi," katanya.

Sumber memaklumkan seramai 16 saksi yang terdiri daripada kakitangan kerajaan dan pemilik syarikat telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 dan setakat ini tiada sitaan aset atau pembekuan akaun dilakukan.

Sebelum ini, media melaporkan seorang bekas menteri yang pernah berkhidmat dalam Kabinet kerajaan sebelum era Covid-19 berada dalam radar siasatan SPRM susulan dakwaan penyelewengan sewaktu berkhidmat di sebuah kementerian, membabitkan pemindahan sebidang tanah milik kerajaan yang bernilai tinggi kepada seorang pemaju hartanah terkemuka.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS