Ong enggan ulas tentang video seks
Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting hari ini enggan mengulas mengenai skandal video seks yang muncul di Johor dua hari lalu yang didakwa membabitkan seorang pemipin peringkat nasional dari negeri tersebut.
Selepas satu majlis di ibupejabat parti itu hari ini, Ong yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berulangkali memberitahu pemberita bahawa beliau tidak mengadakan sidang akhbar.
“Jika saya jawab satu soalan, saya tahu, kamu akan bertanya banyak lagi soalan. Tak ada sidang akhbar," katanya sambil tersenyum kepada pemberita.
Akhbar-akhbar berbahasa Cina melaporkan bahawa DVD tersebut - yang didakwa menunjukkan ahli politik itu sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita - pada mulanya diedarkan di Muar and later, Batu Pahat dan Seremban.
Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting hari ini enggan mengulas mengenai skandal video seks yang muncul di Johor dua hari lalu yang didakwa membabitkan seorang pemipin peringkat nasional dari negeri tersebut.
Selepas satu majlis di ibupejabat parti itu hari ini, Ong yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berulangkali memberitahu pemberita bahawa beliau tidak mengadakan sidang akhbar.
“Jika saya jawab satu soalan, saya tahu, kamu akan bertanya banyak lagi soalan. Tak ada sidang akhbar," katanya sambil tersenyum kepada pemberita.
Sejak dua hari lalu, akhbar-akhbar Cina telah melaporkan bahawa DVD yang didakwa menunjukkan babak hubungan seks ahli politik dengan seorang wanita - telah diedarkan secara percuma di Muar dan kemudiannya di Batu Pahat dan Seremban.
Skandal tersebut terbongkar Sabtu lalu apabila salinan DVD itu diletakkan di beberapa tempat di bandar Muar untuk diambil oleh orang ramai. Sesetengah salinanya juga diedarkan oleh individu-individu yang tidak dikenali ke beberapa buah kedai di kawasan tersebut.
Babak seks
Menurut saksi yang telah menonton video tersebut, terdapad dua DVD yang menunjukkan babak seks itu yang dikatakan dirakam melalui televisyen litar tutup (CCTV).
DVD pertama selama 56 minit menunjukkan keseluruhan babak perhubungan seks itu dari empat kamera yang dihalakan ke bahagian katil, pintu utama dan bilik tetamu.
Seorang lelaki kelihatan berjalan masuk ke dalam sebuah bilik yang dipercayai bilik hotel dan melakukan hubungan seks dengan seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 30-an.
Sementara itu, DVD kedua sepanjang 44 minit pula menunjukkan babak hubungan seks yang sama dari satu kamera sahaja yang difokuskan ke arah katil.
Imej pasangan itu didakwa agak jelas dilihat dalam video tersebut dan mereka berbual dalam longhat Hokkien.
Menurut saksi lagi, video tersebut bermula dengan lelaki yang didakwa ahli politik tersebut sedang mandi dan kemudiannya menukar pakaian dalam bilik berkenaan. Seorang wanita kemudian mengetuk pintu dan dilihat masuk ke dalam bilik tersebut. Pasangan itu nampak seperti sudah mengenali satu sama lain.
Video tersebut kemudiannya menunjuk wanita itu mengeluarkan komputer riba dan meletakkannya di atas katil, dan kemudiannya masuk ke bilik air dan muncul semula dalam keadaan berbogel.
Wanita itu kemudian melakukan seks oral ke atas lelaki yang didakwa ahli politk berkenaan dan diikuti dengan babak hubungan seks di atas katil. Pasangan tersebut kelihatan sedang melihat sesuatu daripada komputer riba itu sepanjang mereka melakukan hubungan seks.
Ketulenannya dipersoalkan
Pengedaran DVD itu telah mencetuskan kegemparan di Johor. Penjual DVD juga dikatakan berusaha keras untuk mendapatkan dua salinan DVD untuk dicetak rompak.
Dalam reaksinya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya menyiasat skandal tersebut.
“Ini membabitkan ahli politik terkemuka. Jika tuduhan itu palsu, tindakan harus diambil terhadap mereka yang mengedar video tersebut dan nama baik ahli politik mesti dibersihkan.
“Bagaimanapun, jika ianya benar, tindakan keras mesti diambil terhadap ahli politik berkenaan," katanya.
Sementara itu, para pemerhati berkata ketulenan video seks tersebut perlu disahkan terlebih dahulu kerana ia boleh disunting dan kandungan sebenarnya telah diubah.
Mereka tidak menolak kemungkinan lelaki dalam video tersebut mungkin saudara ahli politik berkenaan atau orang lain yang mirip wajahnya.

