Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pelajar UPSI lemas lepas cuba selamatkan rakan

Seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika cuba menyelamatkan rakannya di kawasan air terjun Kedondong, Batang Kali petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.46 petang dan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikerahkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata mangsa, seorang lelaki berusia lingkungan 20-an itu ke lokasi kejadian bersama lima rakannya.

“Saksi kejadian memaklumkan mangsa cuba menyelamatkan rakannya sebelum dibawa arus deras dan anggota berjaya menemukan mangsa 10 meter dari tempat kejadian dan disahkan meninggal dunia oleh pihak (pegawai perubatan) Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata rakan mangsa berjaya diselamatkan dalam kejadian itu dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS