Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
DAP tak takut berdepan 'penentangan habis-habisan' parti lain

DAP tidak tergugat dengan ikrar terbaru parti lain untuk melancarkan serangan habis-habisan terhadap mereka dengan setiausaha agungnya menegaskan DAP lebih rela menumpukan masanya untuk memperjuangkan perkara-perkara yang lebih mendesak melibatkan rakyat.

Walaupun Anthony Loke tidak menamakan mana-mana pihak, dia menegaskan betapa DAP tidak takut untuk dicabar.

“Mereka yang mahu melawan DAP berhak berbuat demikian — kamu boleh melawan kami, (tetapi) kami juga boleh melawan kamu.

“Namun, apabila kami sertai politik, (dan) apabila DAP ditubuhkan, ia bukan untuk melawan mana-mana parti, individu atau kaum.

“Kami menyertai DAP bukan untuk lawan orang, tetapi untuk melawan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, serta (retorik) perkauman,” kata Loke pada Konvensyen DAP Selangor di Klang, hari ini.

Justeru Ahli Parlimen Seremban itu menasihati ahli DAP supaya tidak melayan serangan sedemikian, sebaliknya menggesa mereka menumpukan perhatian kepada matlamat parti sebagai sebuah wadah politik.

“Kita tidak perlu melayan orang yang mungkin mempunyai hala tuju yang tidak jelas (dan) pemikiran yang tidak begitu matang.

“Kita mesti kekal (komited) terhadap tanggungjawab kita (dan) menumpukan perhatian kepada kerja-kerja membina negara sambil membantu rakyat,” tambahnya.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh, mengumumkan peletakan jawatannya sebagai exco kerajaan Melaka sebagai sebahagian daripada langkahnya untuk melawan DAP “habis-habisan.”

[Laporan penuh menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS