Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Jenazah Nadia Kesuma selamat dikebumikan di Jeddah
Diterbitkan:  Jan 19, 2026 12:53 PM
Dikemaskini: 4:53 AM

Jenazah Allahyarham Nadia Kesuma selamat dikebumikan di Jeddah selepas solat Subuh hari ini.

Suaminya Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah mengesahkan urusan pengebumian isterinya Allahyarham Nadiah Kasumawati Abdul Karim kepada Bernama.

“Jenazah sudah dimandikan oleh anak (Sarah dan kawan arwah), disembahyangkan dan diimamkan sendiri oleh saya.

“Alhamdulillah jenazah dikebumikan selepas Subuh (5.44 pagi waktu Jeddah),” katanya juga menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Sebelum ini, Muhammad Kamarul, 57, yang merupakan pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) memaklumkan isterinya meninggal dunia pada 8.07 pagi Khamis lepas, selepas pelakon itu dilaporkan gagal dikesan.

Muhammad Kamarul bersama anak perempuannya mengambil penerbangan ke Jeddah 5.35 petang semalam, bagi menyelesaikan segala urusan jenazah di King Fahad Hospital termasuk dokumentasi serta pengambilan barang-barang peribadi Allahyarham Nadia Kesuma.

Nadia Kesuma menyertai pakej Umrah-London-Paris sebuah agensi pelancongan bersama-sama 21 jemaah lain dan berlepas dari KLIA pada 1.48 pagi, Selasa lepas.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS