mk-logo
Berita
Lebih 50 tong asid klorik terbakar bersama sampah di Kuala Selangor
Diterbitkan:  Jan 24, 2026 5:24 PM
Dikemaskini: 10:45 AM

Sejumlah lebih 50 tong mengandungi asid hidroklorik dianggarkan terbakar bersama sampah di sebuah kawasan di Jalan Ijok, Batu 23, Kampung Sentosa, Kuala Selangor hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Wan Md Razali Wan Ismail berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 2.08 petang.

“Sebanyak 14 pegawai serta anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang, BBP Bestari Jaya dan BBP Selayang digegaskan ke lokasi kejadian.

“Operasi pemadaman turut melibatkan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) BBP Rawang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata berdasarkan maklumat awal, kebakaran itu membabitkan longgokan sampah dianggar berkeluasan 13.9x4.6 meter persegi dengan lebih 50 tong berkapasiti 200 liter asid hidroklorik.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS