Perancis lulus RUU larang akses media sosial bagi individu bawah 15 tahun
Dewan Perhimpunan Kebangsaan Perancis pada Isnin meluluskan rang undang-undang (RUU) yang melarang kanak-kanak dan remaja berusia bawah 15 tahun daripada menggunakan media sosial, berikutan kebimbangan mengenai kesannya terhadap kesihatan mental.
RUU itu akan dibentangkan di Senat sebelum dikuatkuasakan sebagai undang-undang, lapor Agensi Berita Xinhua.
Langkah itu adalah sebahagian daripada trend global untuk menyekat akses media sosial bagi kanak-kanak, didorong oleh peningkatan bukti mengenai kesan buruknya terhadap kesihatan mental.
Undang-undang serupa turut diluluskan di Australia pada akhir tahun lalu. Presiden Perancis Emmanuel Macron menyifatkannya sebagai “langkah penting” untuk melindungi kanak-kanak dan remaja di negara itu.
- Bernama - Xinhua
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/11/d531d93496257e7db5b1724c80599166.jpg)
