Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Nama KSU Miti disalah guna dalam skim pelaburan palsu di Telegram

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengesahkan bahawa nama Ketua Setiausaha (KSU) kementerian itu, Datuk Hairil Yahri Yaacob, telah disalah guna dalam satu skim pelaburan palsu yang dikesan beroperasi melalui aplikasi Telegram.

Menurut MITI, skim berkenaan menggunakan nama saluran “Ministry of International Trade and Industry” bagi memperdaya pengguna media sosial dengan memberi gambaran seolah-olah mempunyai kaitan rasmi dengan kementerian tersebut.

“MITI menafikan sekeras-kerasnya sebarang penglibatan mana-mana pegawai kementerian dalam skim berkenaan atau sebarang skim pelaburan di mana-mana platform,” tegas kementerian itu menerusi satu unggahan di media sosial X hari ini.

Sehubungan itu, pengguna media sosial dinasihatkan agar sentiasa berwaspada terhadap tawaran pelaburan mencurigakan, mengesahkan maklumat melalui saluran rasmi serta tidak berkongsi maklumat peribadi dengan pihak tidak dikenali.

“Sebarang aduan boleh disalurkan kepada pihak berkuasa atau melalui saluran rasmi MITI,” tambahnya lagi.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS